WAHAI GIGI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera readers sekalian
Okay harini sis nak berkongsi mengenai gigi. Gigi yang sihat
mengelak mulut berbau tahu.

Minggu lepas sis berjumpa dengar doctor gigi di Pusat
Kesihatan (PK) UKM sebab gigi bongsu asyik sakit. So doctor pun ‘explain’ lah
kenapa gigi asyik sakit. Ia berpuncari dari gigi tu tak cukup ‘space’ untuk
membesar. Jadi solusi yang doctor sarankan adalah dengan cabut gigi bongsu tu
tapi doctor bagi masa dulu untuk fikir. Doctor cakap tak cabut sekarang pun
takpe tapi lambat laun gigi tu akan makin sakit dan sakit. So sis ambil masa
jugak untuk dan mungkin tak akan cabut tahun ni huhu.
Okay alang alang dah cek gigi tu, doctor pun buat lah
pemeriksaan keseluruhan mulut. Doctor cakap lah dua batang gigi ni perlu
ditampal sebab dah berlubang teruk huhu tapi perlu buat ‘appointment’ untuk
tampal gigi tu.
So pada hari yang sama tu doctor buat ‘scaling’ gigi. Tahu
tak apa ‘scaling’ gigi tu? ‘Scaling’ gigi tu adalah rawatan untuk buang karang
karang gigi yang dah berkurun lekat kat gigi. Rawatan ni agak berkos jugak
kalau buat kat luar dalam RM50-150 bergantung pada karang gigi tu lah. Tapi
buat di PK UKM ni percuma sahaja huhu sebab dah termasuk dalam yuran pengajian.
Jangan ingat gigi yang tak pernah buat hal itu sihat ye, ia
sebenarnya sakit teruk perlu dirawat. Jadi rajin rajinkan lah diri untuk pergi
cek gigi ye. Ouh ye lupa nak bagitahu, rawatan ‘scaling’ tu agak sakit ye dan
berdarah ‘of course’, sis tahan je tangan ni dari tepis tangan doctor hehe
Lepas dah habis buat semua rawatan termasuk tampal gigi,
doctor pesan suruh datang cek lagi gigi lepas 6bulan. Maksudnya gigi kita perlu
di cek setiap 6bulan untuk elak masalah masalah yang lebih kritikal ya. Minta
dijauhkan.
‘Last but not least’ layanan kat klinik gigi PK UKM sangat
memuaskan, nurse dan doctor tak garang, cakap pun lembut je, sis suka hahaha
Sekian sahaja, terima kasih sudi baca ^^,
Comments
Post a Comment