HALA TUJU SELEPAS SPM

Assalamualaikum and Hi everyone :)

Buat adik adik lepasan spm 2018, tahniah sis ucapkan kerana telah berjaya menamatkan zaman persekolahan sekaligus berjaya menduduki SPM. Moga kejayaan milik anda semua.

Okay baiklah berbalik pada topik kita pada hari ini iaitu Hala Tuju Selepas SPM? Ke mana hala tuju adik adik? Sambung belajar ke kerja?

Image result for halatuju selepas spm

Bagi adik adik yang mampu untuk sambung belajar, teruskan lah kerana kita dituntut untuk menuntut ilmu. Bagi adik adik yang kurang mampu untuk belajar, tidak mengapa, mungkin Allah dah aturkan yang sebaiknya. Apa pun usaha dulu, moga Allah permudah.

Okay buat adik adik yang nak sambung belajar, sis nak kongsi 4 platform/institusi yang berbeza untuk sambung belajar selepas tamat SPM. Pertama ialah Matrikulasi. Kedua ialah STPM. Ketiga ialah Diploma. Akhir sekali ialah Institut Perguruan. Mana yang terbaik dan paling senang?

Adik adik sekalian, sesungguh belajar itu tiada yang senang, nama lagi belajar, belajar itu ialah ilmu yang kita tak tahu dan kita pelajarinya. Dan terbaik pula yang mana? Sebenarnya dalam belajar itu semuanya terbaik buat kita, baik atau tidak baik itu bergantung pada diri kita sendiri.

Pertama ialah matrikulasi. Matrik tempoh belajarnya hanya setahun selama 2 semester, di mana ia merupakan fast track untuk terus sambung ijazah. Sekiranya adik adik rasa mampu untuk belajar sesuatu yang baru dalam tempoh sesingkat itu dan mampu score, the go for it.

Kedua ialah Sijil Tinggi Pengajian Malaysia,STPM. STPM pula tempoh belajar selama setahun setengah dan menggunakan sistem semester iaitu selama 3 semester. Sekiranya adik adik seorang yang rajin membaca dan mampu untuk belajar banyak teori. Jadi adik adalah calon yang sesuai untuk menjadi pelajar STPM.

Ketiga ialah Diploma. Diploma mempunyai tempoh pengajian selama 3tahun dengan 6 semester, paling lama dan paling tua bila sambung ijazah nanti. Diploma juga menyediakn latihan industri (internship). Jadi para pelajar Diploma sudah memiliki pengalaman bekerja yang mana lagi memudahkan urusan memohon pekerjaan. Sis sendiri merupakan pelajar diploma, dalam 3tahun tu tipu lah kalau tak pernah putus asa tapi demi segulung diploma dan duit yang dah beribu habis, ku gagahkan jua. Sekiranya adik adik inginkan suasana belajar yang tidak memberi tekanan harian, Diploma lah jalannya. Diploma sendiri banyak bidang yang kita boleh ceburi, kerana dengan adanya Diploma kita sudah mampu untuk memohon pekerjaan mengikut kelayakan Diploma kita.

Akhir sekali ialah IPG. Institu Perguruan merupakan tempat para guru sekolah rendah di latih selama 5tahun dengan Ijazah Perguruan bidang masing masing. IPG menyediakan banyak bidang seperti Sains,Matematik, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Khas dan banyak lagi.  Permintaan untuk kemasukan ke IPG ini sangat tinggi kerana penawarannya yang sangat terhad jadi pemilihan kemasukan sangat tegas. IPG akan mengadakan 2sesi temuduga, temuduga pertama ialah temuduga fizikal, di mana mereka akan diuji dari segi fizikal seperti larian, sit-up dan sebagainya. Temuduga kedua ialah temuduga formal, bagi malayakkan diri ke temudua kedua, adik adik perlu lulus temuduga pertama terlebih dahulu.

Jadi buat adik adik, buatlah pilihan dengan bijak dengan bertanyakan pendapat orang lain. Semoga adik adik dapat mencapai impian adik adik :)

p/s: tips untuk hal ini, isi lah semua kemasukkan selepas SPM dan berdoalah memohon petunjuk Allah kemudian buatlah pilihan yang terbaik.

Comments

Popular Posts