REVIEW NOVEL CIK BLUR DAN ENCIK IKHLAS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, harini sis rajin nak tulis ringkasan dari novel tersebut.

RATE : 7/10 Enjoy!
Penulis novel ini ialah Airisz yang merupakan penulis novel bestseller
iaitu CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG. Novel ini diterbitkan oleh karyaseni sdn bhd
pada tahun 2013.
Novel ini megisahkan tentang pekerjan dan percintaan. Kasih Khalisa
merupakan seorang pekerja yang bekerja di bawah Encik Ikhlas. Hampir setiap
hari Kasih diherdik dan dimaki oleh bosnya.kasih juga naik hairan akan bosnya
yang terlalu memarahinya padahal kesalahan hanya biasa biasa sahaja. Perkara
ini telah menyebabkan Kasih tidak tahan sehingga membuatkan dia meletakkan
jawatan. Encik Ikhlas yang terkejut akan tindakan yang diambil oleh Kasih
memaksa Kasih untuk menarik balik surat perletakan jawatan itu. Namun Kasih
tetap dengan pendiriannya, dia tidak akan kembali bekerja dengan bos yang
dibencinya itu.
Pijot, teman serumah Kasih, menawarkan Kasih untuk menggantikan emak
saudarnya yang bekerja sebagai pembersih rumah sementara emak saudaranya
menunaikan haji. Tanpa berfikir panjang, Kasih terus menerima pekerjaan
tersebut. Rupa rupanya tuan rumah yang Kasih berkhidmat ialah rumah bekas
bosnya, Encik Ikhlas! Kasih yang ingin mengelakkan diri daripada Encik Ikhlas
akhirnya terikat terus. Namun sepanjang Kasih bekerja di rumah Encik khlas,
Encik Iklas melayannya dengan sangat baik. Hal ini telah membuatkan Kasih jatuh
cinta terhadap Encik Ikhlas tanpa dia sedar. Walaupun begitu dia kecewa apabila
dia dapat mengetahui bahawa Encik Ikhlas akan bertunang. Begitu juga dengan
dirinya. Ibunya telah kenenkan dia dengan anak kepada kawan ibunya. Kasih amat
kecewa dan sedih untuk meninggalkan Encik Ikhlas kerana dia sudah mula sayang
akan Encik Ikhlas.
Hari Kasih bertunang merupakan hari pertama dia bersua muka dengan bakal
suaminya yang dikenenkan oleh ibunya. Kasih terkejut bukan kepalang apabila
megetahui bakal suaminya ialah Encik Ikhlas! Encik Ikhlas merupakan anak kepada
kawan ibunya. Tanpa berfikir panjang, Kasih terus menerima pinangan itu kerana
dia sememangnya telah jatuh cinta kepada Encik Ikhlas. Seleps mereka berkahwin,
barulah Kasih dapat megetahui tujuan Encik Ikhlas memarahinya ketika dia masih
bekerja di bawah Encik Ikhlas adalah salah satu cara untuk Encik Ikhlas menarik
perhatian Kasih. Encik Ikhlas memang sudah lama sukakan Kasih, tetapi Kasih
yang sedikit ‘blur’ tidak dapat menangkap ‘hint’ yang diberikan oleh Encik
Ikhlas. Walaupun begitu, Encik Ikhlas bahagia kerana dia akhirnya dapat membina
rumah tangga bersama wanita idamannya. Kasih Khalisha juga bahagia kerana dia
akhirnya dapat menjadi isteri kepada Encik Ikhlas.
p/s: setiap rating adalah peribadi dari sis, lainorang lain cita rasa ;)
p/s: setiap rating adalah peribadi dari sis, lainorang lain cita rasa ;)
Comments
Post a Comment