TERBENAM KAKI KUDA (MUKJIZAT RASULULLAH SAW)


Image result for gambar buku riwayat hidup rasulullah saw
Assalamualaikum semua J

Entri kali ini bertujuan untuk berkongsi dengan pembaca kisah yang telah saya baca. Kisah yang saya akan kongsikan adalah salah satu mukjiat yang telah Allah kurniakan kepada Rasulullah SAW, boleh rujuk [QS Ghafir,40:78] Selamat membaca.

Oleh sebab gangguan kaum Quraisy sudah melewati batas, Rasulullah dapat perintah untuk berhijrah ke Madinah.

Maka Rasulullah  dan Abu Bakar berangkat dan bersembunyi terlebih dahulu di gua Tsaur.
Tatkala kaum Quraisy mendapat khabar bahawa Rasulullah tidak ada di Mekah, maka mulailah mereka mencari kerana hendak membunuh Baginda, lantaran takut akan berlindung dengan kaum lain dan dapat bantuan dari kaum itu.

Kaum Quraisy mencari Rasulullah dengan membawa ahli “pengikut bekas tapak kaki” hingga sampai ke gua itu, tetapi lantaran di pintu gua tersebut terdapat sarang labah labah dan sarang merpati maka mereka telah tentukan bahawa Rasulullah tidak ada di situ.

Sesudah tiga malam, barulah Rasulullah dan Abu Bakar berangkat ke Madinah dengan menunggang kuda yang telah disediakan oleh Abu Bakar tetapi Rasulullah ambil kuda itu dengan membayar harganya, lantaran Baginda ingin berhijrah kerana Allah dengan badannya dan hartanya sendiri.
Di antara mereka di tengah tengah perjalanan datanglah Suraqah bin Malik hendak menangkap mereka untuk dibawa kembali ke Mekah, lantaran kaum Quraisy telah adakan hadiah 100 ekor unta bagi sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah.

Tatkala ia hampIr, Rasulullah berdoa kepada Allah, lantas terbenam dua kaki kuda Suraqah tadi hingga ke lututnya di tanah yang keras bukan di pasir yang lembut. Lantaran itu, kudanya tidak boleh bergerak lagi, Suraqah meminta supaya dilepaskan. Rasulullah kemudian doakan pula.
Kemudian ia ikuti lagi. Oleh sebaba itu, sekali lagi Rasulullah doakan maka terbenam lagi kedua kaki kudanya yang sebelah depan hingga melepasi lutut.

Sekali ini, ia minta sungguh sungguh dengan perjanjian tidak akan ganggu mereka dan akan tutup rahsia itu sampai tiga hari. Suraqah pegang janjinya dan tiap tiap orang yang bertanya kepadanya dari hal Rasulullah, ia jawab bahawa Rasulullah tidak ada di sebelah sini.

Sekian sahaja kisah mengenai mukjizat Rasulullah tentang Terbenam Kaki Kuda.

Pengajaran yang saya dapat dalam membaca kisah ini, kita sebagai manusia perlulah sentiasa berbuat kebaikan dan mmbalas setiap perbuatan dengan kebaikan walaupun manusia lain lakukan yang sebaliknya. Moga Allah balas segala jasa baik kita

Terima kasih sudi baca entri ini J

SUMBER RUJUKAN:
Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW, Muhammad Abdul Wahhab
        Keluaran Jasmin Enterprise, 2000

Comments

Popular Posts