TANDA TANDA AMARAN KANSER


Image result for tanda tanda kanser


Lebih cepat anda mengesan kanser, lebih mudah untuk merawatnya dan lebih tinggi peluang anda untuk hidup.

PERUBAHAN YANG TIDAK DIKETAHUI
1)      Keletihan yang tidak diketahui puncanya atau kehilangan berat badan
§  nyatakan pada doktor anda sekiranya perubahan ini berlaku secara mendadak tetapi anda tidak berdiet.
2)      Ketulan yang tidak diketahui puncanya atau bengkak yang tidak surut atau menjadi semakin besar.
§  ketulan ini mungkin menyebabkan rasa sakit atau tidak sakit. Pegawai Perubatan mencadangkan agar anda memeriksa seluruh badan ana bagi mengesan sebarang ketulan sewaktu pemeriksaan sendiri testikular atau pemeriksaan sendiri payudara.

PERUBAHAN SECARA BERTERUSAN
1)      Perut kembung atau kesakitan yang berlaku berterusan di bahagian abdomen.
2)      Luka yang tidak sembug, mengalai perubahan warna, menjadi ulser atau brlaku pendarahan.
3)      Masalah penghadaman, pedih ulu hati atau kesukaran menelan.
4)      Batuk dialami selama lebih 2minggu atau batuk bagi perokok yang menjadi semakin tegang, nafas pendek dan perubahan yang mmenajdi semakin serak.

PERUBAHAN GANJIL
1)      Pendarahan ganjil
§  Termasuklah batuk berdarah, darah di dalam air kencing atau najis dan pendarahan daripada warna yang bukan haid selepas perhubungan seksual atau selepas waktu menopaus.
§  Pendarahan hidung, beserta pekak pendengaran yang tidak jelas atau kedengaran seprti bunyi deringan di dalam telinga anda.

2)      Perubahan ganjil pada saluran usus atau pundi kencing secara kerap dan konsisten selama 2 – 3 bulan.
§  Termasuk cirit birit, sembelit dan masalah pembungan air kecil.

3)      Perubahan yang ganjil dan jelas pada saiz dan tekstur dalam tompok pada kuli, ketuat atau tahi lalat.
§  Perhatikan perubahan warna, bentuk dan saiz tahi lalat anda.
§  Warna nya menjadi semakin gelap dan kehitaman.
§  Bentuknya pula berubah, sekira asalnya bulat, ia berubah menjadi berbentuk lain.
§  Saiznya pula menjadi semakin besar.

SEKIRANYA ANDA DAPAT MENGESAN SEBARANG PERUBAHAN YANG TIDAK DIKETAHUI PUNCANYA, SECARA BERTERUSAN ATAU PERUBAHAN GANJIL PADA BADAN ANDA, SILA DAPTKAN NASIHAT DARIPADA DOKTOR.

SUMBER RUJUKAN:
NATIONAL CANCER SOCIETY MALAYSIA (NCSM)

Comments

Popular Posts