REVIEW NOVEL SUAMI YANG KUBENCI
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. novel yang akan saya kupas ini adalah antara novel yang best.

RATE: 8/10 Enjoy!
Penulis novel ini ialah E-man Sufi. Diterbitkan oleh
karyaseni sdn bhd pada tahun 2012.
Novel ini mengisahkan tentang percitaan dan
kekeluargaan. Hannah Maryam, CEO, terpaksa dinikahkan dengan Uwais Ukasyah
iaitu seorang penjual burger atas kehendak datuknya. Hannah amat benci akan
suaminya kerana pekerjaan suaminya dan dia juga tidak mengenali suaminya.
Selepas mereka berkahwin tidak ada satu hari pun yang aman buat mereka. Mereka
akan sentiasa bergaduh. Hidup mereka tidak pernah sehaluan. Walaupun begitu,
Uwais tetap sabar terhadap Hannah yang egonya setinggi gunung.
Walaupun mereka selalu bergaduh, Uwais sudah mula
saying dan cinta akan isterinya. Hannah juga merasakan perkara yang sama
trhadap suaminya, namun kerana egonya, dia tidak mahu meluahkan perasaannya
terhadap Uwais. Uwais Ukasyah yang selalu
sabar terhadap isterinya telah berjaya mengubah Hannah untuk menjadi
seseorang yang bersederhana. Dia juga telah berjaya menjadi seorang suami yang baik
buat Hannah Maryam. Hannah juga telah berjaya menjadi isteri yang baik buat
Uwais Ukasyah. Mereka juga dianugerahkan dua cahaya mata.
Comments
Post a Comment