REVIEW NOVEL SESEORANG UNTUK AKU
Assalamualaikum and Hi everyone :)

RATE: 5/10 Enjoy!
Penulis novel ini ialah Rehan Makhtar. Novel ini diterbitkan oleh karyaseni
sdn bhd pada tahun 2015.
Lailatul, seorang anak yatim piatu yang hidup dengan adiknya di rumah
peninggalan kedua ibu bapanya. Dia masih muda orangnya, tetapi sebagai anak
sulung, dia diamanahkan untuk menjaga adiknya Lizahani supaya menjadi orang
yang berjaya dan berguna. Oleh sebab itu, dia terpaksa meninggalkan pelajarannya
walaupun dia seorang yang bercita cita tinggi. Dia meninggalkan pelajaranpada
usia yang sangat muda iaitu ketika berumur 14 taun. Jadi dia tidak mempunyai
apa apa kelulusan menyebabkan dia susah untuk mencari kerja, tambahan pula
dengan usianya yang sangat muda. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk
mengambil upah menoreh getah di ladang ketua kampung. Namun ketua kampung tidak
mahu dia menorah getah kerana takut rosak pokok getah itu, jadi dia hanya mmembenarkan
Lailatul mengutip buku getah dan menebas semak samun. Dengan gaji yang dia
peroleh, dia berjaya membesarkan Lizahani. Sekarang Lizahani sudah berjaya
melanjutkan pelajarannya. Lailatul pula meneruskan pekerjaannya di kampung
iaitu sebagai pengutip buku getah.
Bahagianya seorang kakak apabila melihat adiknya bakal berumah tangga.
Lailatul sangat menyayangi adiknya, Lizahani sehinggakan dia sanggup
menggunakan duit yang disimpannya untuk perkahwinan adiknya. Walaupun dia
gembira kerana adiknya bakal berumah tangga,tapi dia juga sedikit kecewa kerana
bakal adik iparnya itu, Zarul, pernah menjadi orang yang disayanginya. Zarul
dan Lailatul pernah bercinta, namun Zarul memutuskan untuk berkahwin dengan
Lizahani kerana dia ingin membuat Lailatul marah. Lailatul juga terkejut
apabila Zarul dan keluarganya datang untuk meminang Lizahani. Memang dia merah
terhadap Zarul pada mulanya, tapi kalau ini yang membuatkan adiknya bahagia,
perasaan marah itu bertukar sayang. Walaupun dia terlalu menyayangi Zarul sebagai kekasihnya, namun dia harus reda
dan melupakan Zarul kerana jodoh bukan milik mereka.
Namun kecekalan dia diduga lagi. Dia ditangkap berdua duaan dengan seorang
lelaki asing bernama Muhammad Al-Qadr membuatkan dia hilang punca. Qadr yang
juga tidak mengenali Lailatul berasa simpati terhadap Lailatul. Demi rasa
tanggungjawab,Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar mereka sama sama
menyusuri semua cabaran hidup biarpun tanpa cinta dalam hati. Pada Qadr, semua
itu boleh dipupuk. Jodoh mereke mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar
tatkala si mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul
teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi tabahnya goyah dan mula runtuh
apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah dengan berita tentang
kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama dikhianati demi sorang lelaki
bernama Zarulhakimi.
Walaupun pelbagai cabaran yang harus Lailatul tempuhi sepanjang dia membina
rumah tangga, akhirnya dia dapat memiliki bahagia. Dia dan Qadr akhirnya saling
mencintai, dia juga telah memaafkan semua orang yang pernah mengkhianati
dirinya. Ibu mentuanya juga sudah boleh menerimanya sebagai menantu. Lailatul
juga berjaya memenuhi impiannya untuk menyambung pelajarannya. Walaupun dia
mendapat keputusan SPM yang cemerlang, dia hanya menyimpan kelulusan itu. Dia sudah
mengambil keputusan untuk menjadi isteri yang baik buat Qadr dan ibu yang
penyayang buat anak anaknya.
p/s: setiap rating yang diberikan adalah peribadi dari sis sendiri ye, lain orang lain cita rasa ;)
Comments
Post a Comment