REVIEW NOVEL DIA YANG AKU PILIH
Assalamualaikum semua. Sis ada buat ringkasan dari novel tersebut :)

RATE : 6/10 Enjoy!
Penulis novel ini ialah Rafina Mimi Abdullah. Novel ini diterbitkan oleh
kaki novel sdn bhd pada tahun 2013.
Novel ini mengisahkan tentang Ariana yang pernah ditipu oleh teman
lelakinya, Nazri, menyebabkan dia sudah serik untuk bercinta, kalau ada jodoh
denga sesiapa dia akan terima saja tanpa bercinta kerana dia pernah
dikecewakan. Pagi itu, seperti biasa dia akan bersiap siap untuk ke bekerja.
Ketika sedang menunggu bas di perhentian bas, ada sebuah kereta berhenti betul
betul di hadapan tempat dia menunggu. Encik Izudin! Dia amat mengenali kereta
Encik Izudin kerana Encik Izudin merupakan jirannya. Encik Izudin dengan
ramahnya mengajak Ariana untuk menumpangkan keretanya ke pejabat. Selepas
berfikir panjang, akhirnya Ariana menerima sahaja pelawaan itu. Encik Izudin
merupakan jiran Ariana yang sudah pun berumah tangga dengan Kak Dila. Namun,
setiap hari, ada saja berbalahan yang dia dengar dari rumah Encik Izudin.
Tanpa Ariana sedar, dia menjadi semakin rapat dengan Encik Izudin kerana
Encik Izudin menyamar bahawa dia tidak mengenali Ariana menerusi akaun
‘facebook’nya. Encik Izudin juga telah mengambil Ariana sebagai anak muridnya
dalam aktiviti silat. Rupa rupanya Encik Izudin berbuat demikian kerana dia
menyukai Ariana. Dia mengambil peluang ini untuk menjadi semakin rapat dengan
Ariana. Ariana baru menyedari Encik Izudin menyukainya selepas Encik Izudin
meluahkan perasaannya kepada Ariana. Enik Izudin juga telah mengambil keputusan
untuk bercerai dengan isterinya kerana tidak tahan dengan perangai isterinya
yang mata duitan. Encik Izudin meluahkan perasaannya kepada Ariana setelah dia
bercerai dengan isterinya. Ariana yang baru mengetahui hal itu pada mulanya
teragak agak untuk membalas perasaan Encik Izudin. Namun dia dapat melihat
kesungguhan Enik Izudin untuk menjadikan dia sebagai isteri, lalu dia membalas
perasaan Encik Izudin.
Dalam mereka menjalinkan hubugan sebagai kekasih, banyak cabaran yang
datang terhadap mereka. Antaranya, bekas isteri Encik Izudin, kak Dila, tidak
habis habis mengganggu Encik Izudin untuk meminta wang walaupun tempoh edahnya
sudah lama habis. Selain itu, bos Ariana yang menyukai Ariana telah membuatkan
banyak salah faham yang timbul. Encik Izudin sememangnya seorang yang kuat cemburu.
Padahal, Ariana hanya menyukai Encik Izudin sahaja. Ariana juga telah
kehilangan kedua ibu bapanya ketika mereka sedang menunaikan haji di tanah suci
Mekah. Hal ini telah mebuatkan Encik Izudin bersimpati terhadap nasib Ariana.
Dia juga telah mengambil keputusan untuk menikahi Ariana kerana dia sememangnya
sudah sayang akan Ariana. Ariana yang hanya tinggal sebatang kara menerima
Encik Izudin sebagai suaminya. Akhirnya Encik Izudin dan Ariana hidup bahagia
tanpa gangguan daripada bekas isterinya. Haji Fahmi iaitu bos Ariana juga dapat
menerima khabar ini dengan hati terbuka walaupun Ariana merupakan cinta
pertamanya. Dia juga turut mendoakan
kebahagiaan Encik Izudin dan Ariana.
p/s: setiap rating adalah peribadi dari sis, lain orang lain citarasa ;)
p/s: setiap rating adalah peribadi dari sis, lain orang lain citarasa ;)
Comments
Post a Comment