REVIEW NOVEL CIK BUNGA DAN ENCIK SOMBONG
Assalamualaikum everyone :)

RATE : 6/10 Enjoy!
Penulis novel ini ialah Airisz. Novel ini diterbitkan oleh karyaseni
enterprise pada tahun 2012.
Intan Asnidar merupakan seorang pekerja kedai bunga. Semuanya bermula
ketika dia ingin berjumpa dengan pelanggannya iaitu Datin Nora. Intan baru
sahaja selesai menghias dewan untuk melansungkan majlis anak Datin Nora iaitu
Harris Isqandar. Selepas itu dia naik ke tingkat atas untuk berjumpa dengan
Datin Nora untuk meminta bayaran, namun dengan tiba tiba dia disuruh oleh
Harris untuk menjadi tunangnya kerana gadis yang sepatutnya jadi tunang dia
pada hari itu sudah lari. Oleh sebab ingin menyelamatkan Harris pada hari itu,
Intan mengiyakan sahaja. Tapi Intan terkejut apabila Harris mengatakan bahawa
sekarang dia adalah tunangnya dan bakal menjadi isterinya. Walaupun begitu,
sudah awal awal lagi Datin Nora memberi amaran bahawa dia tidak ingin menantu
seperti Intan Asnidar.
Sepanjang tempoh mereka bertunang, pada mulanya Harris melayan Intan dengan
sangat dingin, namun lama kelamaan Harris melayan Intan dengan sangat baik.
Mereka seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain, padahal Intan tidak
pernah berjumpa dengan Harris. Ini menyebabkan Intan selesa apabila bersama
Harris. Mereka juga kerap keluar bersama. Kadang kadang Harris akan mengambil
Intan di kedai bunga dan meminta Intan menemaninya makan. Dia juga kerap
mengatakan bahawa dia tidak sabar untuk tinggal bersama dengan Intan. Pernah
sekali Intan bawa Harris ke kampungnya, dia dapat melihat Harris begitu gembira
ketika berada di kampungnya. Dalam tempoh mereka bertunang juga, mereka mampu
untuk memupuk cinta dan kasih sayang dalam diri mereka. Harris pergi ke kampung
Intan buat kali kedua, namun kali ini dia pergi kerana ingin menjadi suami
kepada wanita yang dicintainya iaitu Intan Asnidar. Harris berkahwin dengan
Intan dengan restu ibu dan bapanya, Intan juga terkejut ketika melihat Datin Nora
datang ketika majlis diadakan di rumahnya di kampung. Walhal, awal awal lagi
Datin Nora sudah memberitahu bahawa dia tidak mahu Intan sebagai menantunya.
Walaupun begitu, mereka akhirnya selamat disatukan dan menjadi pasangan suami
isteri yang sah.
Intan dan Harrs hidup bahagia selepas mereka disatukan. Walaupun begitu,
Datin Nora tetap inginkan Erny Humaira, bekas kekasih Harris menjadi menantunya
dan bukan Intan. Datin Nora amat membenci Intan. Dia dan Erny sering memaki
hamun Intan apabila ketiadaan Harris di sisi Intan. Pelbagai cara yang mereka
lakukan untuk memaksa Intan supaya meninggalkan Harris. Tapi, Intan sangat
menyayangi Harris, dia tidak akan sesekali meninggalkan suaminya. Bagi Haris,
ibunya dan Erny sudah melampau kerana mereka telah melakukan cubaan membunuh
terhadap Intan. Selapas kejadian ini, Harris membuat keputusan untuk membina
kehidupan yang baru bersama Intan di kampung Intan. Akhirnya mereka hidup
bahagia bersama tanpa gangguan daripada sesiapa. Datin Nora juga sudah dapat menerima
Intan sebagai menantunya. Intan gembira dengan hidupnya sekarang kerana dia
dikelilingi oleh orang yang menyayanginya.
p/s: setiap rating adalah peribadi dari sis, lainorang lain cita rasa ;)
Comments
Post a Comment