REVIEW DRAMA KOREA DOCTOR STRANGER (2014)

20 Episod
RATE: 6/10
Ketika kecil, Park Hoon (Lee Jong-suk) dan ayahnya Park Cheol (Kim Sang-joong) diperdayakan dan dihantar ke Korea Utara. Selepas ke Korea Utara, Park Hoon dan ayahnya telah dilarang untuk kembali semula ke Korea Selatan.
Di Korea Utara, Park Hoon dilatih untuk menjadi doktor oleh ayahnya yang merupakan doktor terkenal di Korea Selatan. Park Hoon menjadi pakar pembedahan jantung (Kardiotorasik) genius selepas menghadiri kolej perubatan di Korea Utara. Di sana, dia jatuh cinta dengan Song Jae-hee (Jin Se-yeon).
Selepas ayah Park Hoon meninggal dunia, dia cuba melarikan diri ke Korea Selatan dengan Jae-hee, tetapi terputus hubungan akhirnya dalam satu peristiwa. Park Hoon akhirnya dapat melarikan diri ke Korea Selatan.
Di Korea Selatan, Park Hoon mula bekerja sebagai doktor di hospital terkemuka,Myungwoo University Hospital. Sementara itu, dia mendapati seorang gadis yang kelihatan serupa seperti Jae-hee, iaitu Doktor Han Seung-hee, tetapi Seung-hee menafikan dia mengenali Park Hoon.
p/s: ada cintan cintun sikit tapi part yang paling best adalah part surgery, walaupun cerita ni cerita lama tapi berbaloi untuk dilihat, selamat menonton :)
Comments
Post a Comment