QADA PUASA

SOALAN:
Perlukah mengqada puasa bagi wanita haid dan nifas?
JAWAPAN:
Dalam riwayat sahih dinyatakan,
“ Suatu hari, seorang wanita datang bertemu Aisyah RA. Dia bertanya, ‘Wahai
Ummul Mukminin. Mengapakah wanita yang haid harus menggantikan puasa tetapi
tidak menggantikan solat?’ Aisyah bertanya lagi ‘Adakah engkau ini sebahagian
daripada kumpulah al-Haruriyah?’ Wanita itu menjawab ‘Tidak’. Aisyah menjawab ‘Pada
zaman Rasulullah, semasa kami haid, baginda menyuruh kami mengganti puasa. Baginda
tidak menyuruh kami mengganti solat.’ ” [HR Muslim:335]
Mengenai wanita dalam nifas pula,
“ Ada seorang wanita bertanya kepada Ummu Salamah, ‘Wahai Ummul Mukminin
sesungguhnya Samurah binti Jundub menyuruh para wanita yang sedang nifas untuk qada
solat’. Ummu Salamah menjawab, ‘Tidak, bahkan mereka tidak mengqadanya. Wanita yang
sedang nifas pada zaman Rasulullah SAW, mereka meninggalkan solat selama 40
hari bermula dari darah nifasnya keluar. Rasulullah SAW tidak menyuruh mereka
mengqada solat yang mereka tinggalkan selama masa nifas.’ ” [HR Abu Daud:312]
SUMBER RUJUKAN:
Buku Wanita Bertanya Rasulullah Menjawab
Pnyusunan oleh TIM EDITOR KEMILAU PUBLIKA, tahun Ogos 2014
Comments
Post a Comment