NASI ULAM CIKGU


Assalamualaikum and Hi everyone :)

Hari ini sis nak berkongsi satu lagi restoran yang menjadi pilihan ramai. Iaitu Restoran Nasi Ulam Cikgu. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan di kelantan dan juga luar kelantan. Cawangan di Kampong Kraftangan merupakan cawangan yang paling menjadi tumpuan kerana kedudukannya yang strategik.

Related image

Nasi ulam cikgu juga merupakan restoran kegemaran dan perlu disinggah bagi sesiapa yang datang ke Kelantan. Nasi ulam cikgu merupakan restoran yang menyediakan hidangan buffet, di mana para pelanggan mengambil makanan yang disediakan sendiri.

Image result for nasi ulam cikgu

Image result for nasi ulam cikgu

Antara makanan yang di sediakan di restoran ini ialah ikan keli goreng, gulai lemak ikan keli, ikan gulai tempoyak, ikan masak asam pedas, ayam goreng, sayuran yang dimasak pelbagai, ulam ulaman dan pelbagai lagi masakan kampung.

Related image

Harga RM40 untuk 7orang makan bagi saya sangat berpatutan termasuk dengan dua jug air bandung dan pelbagai lauk. Di mana saya dan keluarga sering menikmati masakan di restoran ini kerana lauk lauk nya sesuai dijadikan makanan tengahari.

LOKASI:
Restoran Nasi Ulam Cikgu,
Kampong Kraftangan,
Jalan Hilir Kota, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Nombor telefon: 019-9406066

Image result for nasi ulam cikgu
p/s: lunch hour adalah waktu yang sangat ramai orang datang, seeloknya pergi sebelum petang atau sebelum tengahari, lambat lambat nanti habis ;)

Comments

Popular Posts