NASI KERABU AZMA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera :)

Entri kali ini, sis nak berkongsi satu kedai makan yang sangat popular di kalangan rakyat kelantan dan juga orang luar. Iaitu Nasi Kerabu Azma, sekali rasa pasti teringat ingat rasanya ^^,

Image result for nasi kerabu azma

Nasi kerabu azma adalah salah satu kedai yang perlu disinggah sekiranya anda datang ke Kelantan.
Nasi kerabu azma ini bukan sahaja pelancong yang meminati tetapi penduduk Kelantan sendiri meminati nasi dari kedai tersebut. Kedai ini bukan sahaja menyediakan nasi kerabu tetapi terdapat juga nasi dagang, laksam dan laksa dan juga kuih muih.

Related image

Nasi kerabu turut disediakan dengan beraneka pilihan lauk. Antaranya ayam bakar, daging bakar, solok lada, bawang putih jeruk dan sebagainya lagi. Harganya juga sangat berpatutan. 
Setiap hari, pelanggan tak pernah putus beratur, jadi untuk merasai masakan dari kedai ini, para pelanggan terpaksa berkorban masa sedikit hehe. Tetapi berbaloi dengan kesedapan nasi kerabu azma ini J

Tips untuk kurangkan masa menunggu, pelanggan perlu lah membuat pesanan dan makan terus di kedai. Jadi para pekerja terus menyediakan nasi untuk siap dimakan. Masa menuggu kurang berbanding dengan pelanggan yang membeli untuk dibawa pulang.

Lokasi kedai ini sangat senang dicari kerana ia hanya dibahu jalan.

LOKASI: Bersebelahan Stesen Minyak Petron, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Comments

Popular Posts