MIMPI MELIHAT RASULULLAH SAW

Image result for rasulullah saw

1.    Rasullah SAW bersabda bermaksud:
 Barangsiapa yang mimpi melihat aku, bererti ia bertemu denganku. Kerana syaitan itu tidak boleh menirukan aku" (HR. Bukhari)

2.    Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang melihat aku, bererti dia melihat Al-Haq. Kerana syaitan tidak berbentuk diri seperti aku” (HR. Muttafaq’alaih)

Dan sabda baginda:
“Barangsiapa yang mimpi aku, maka ia akan melihatku dalam keadaan jaga. Syaitan itu tidak dapat menyerupai aku” (HR. Muttafaq’alaih)

ILMU DARI HADITH DI ATAS
1.    Bahawa melihat Rasulullah dalam mimpi itu mungkin, sesuai dengan apa yang tersebut dalam keperibadiannya baik panjang (tingginya) Rasulullah, warna kulitnya, geraknya mahupun janggutnya dan sebagainya.
2.    Imam Manawi dalam mentafsiri hadith hadith ini manyatakan bahawa mimpi yang benar (sahih) ialah melihat baginda dalam bentuk rupanya yang tidak berubah yang telah ditetapkan oleh riwayat yang sahih. Maka jika anda mimpi Rasulullah dalam bentuk yang berbeza tingginya atau pendeknya misalnya, bererti bukan mimpi baginda.
3.    Imam Manawi juga menyebutkan bahawa erti dan ucapan baginda: “barangsiapa yang mimpi aku, maka ia akan melihatku dalam keadaan terjaga,” maksudnya melihat secara khusus dengan sifat berupa dekat (dengannya) dan syafaatnya pada hari kiamat.
4.    Sebahagiaan ahli tasauf mengaku bahawa mereka melihat Rasulullah SAW di dunia dalam kadaan jaga (tidak tidur), bersandar kepada hadith ketiga di atas. Al-Hafidz Ibnu Hajar r.a menyanggah pendapat mereka iu dengan mengatakan: “kalau begitu , bererti mereka mengaku sebagai sahabat. Dengan demikian, generasi sahabat itu akan tetap ada sampai hari kiamat” (dan ini tak seorang pun yang namanya Muslim mengatakan)
5.    Dalam sebuah kitab tasawuf aku membaca suatu ucapan berbunyi: Abu Mahawib As-Syadizili bercerita: “Rasulullah SAW bersabda kepada: .... dan seterusnya sampai akhir dari hadith dusta tersebut. Saat aku tanyakan kepada si pengarang tentang orang ini, apakah ia termasuk sahabat? Ia menjawab: tidak. Bahkan antara dia dengan Abul Hassan As-Syadzili jaraknya lima Syeikh. Namun ia sungguh telah melihat Rasul dalam keadaan jaga .....! maka kukatakan kepadanya: para sahabat sendiri setelah Rasulullah SAW wafat, tidak melihatnya dalam keadaan jaga! Ia tidak puas. Maka kukatakan kepada diriku sendiri: “ini termasuk mendustakan Rasul yang dilarang olehnya dengan ancamannya: “Barangsiapa yang mendustakan aku, hendaklah ia siap masuk neraka” [HR Muttafaq’alaih]


SUMBER RUJUKAN:
Buku Riwayat Hidup Nabi Muhammad SAW, ditulis oleh MUHAMMAD ABDUL WAHHAB.
         diterbitkan oleh JASMIN ENTERPRISE, tahun 2000

moga bacaan ini bermanfaat, Allahumma Solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ 

Make Google اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Make Google view image visible again:

Comments

Popular Posts