KISAH SERAM? ATAU PELIK? DI UKM



Aku merupakan penghuni kolej aminuddin baki di blok sekian dan aras sekian. Maaflah sis taknak nyatakan blok mana dan aras mana bagi mengelakkan perkara yang tidak di ingini huhu




Okay jom kita mulakan penceritaan

Suatu hari yang cerah, sis tengah borak borak dengan mak di talian, sembang itu ini, gelak itu ini dan kebetulan siang tu sis ada kat bilik sorang diri sebab roommate ada kelas. Tengah sedap duk menyembang tu, tiba tiba mak sis diam tak bercakap, sis pun hello hello banyak kali lah, then mak tanya “kat mana tu?” sis cakap lah “ada kat bilik je ni” mak balas “kenapa bising sangat, macam ada orang duk bercakap ramai ramai” reaksi sis hanya gelak saja tanpa ada rasa apa apa sebab nya mak sis suka mengusik so sis tak ambik pusing lah persoalan mak tadi tu.

Okay kejadian kedua. Hari yang cerah jugak dan seorang diri di dalam bilik, tengah duk menyembang dengan kakak sis, tengah bercerita itu ini, meluah itu ini tiba tiba kaklong diam, sis pun macam biasa lah hello hello banyak kali dan disahut kaklong dengan pertanyaan “ada kat mana tu? Bising lah” dengan tiba tiba nya meremang badan ini, sebab teringat apa yang di tanya mak sebelum ni. Sis pun jawablah “ada kat bilik je, mana ada bising lah, ada sorang je kat bilik ni, kipas pun tak ada bunyi” kaklong cakap lagi “betul, bunyi bising, bunyi orang duk bercakap cakap dan gelak gelak macam ramai” sis sedapkan hati dengan cakap “takde apa lah” lepastu sambung sembang and tiba tiba roommate balik buka pintu, perghhh nak luruh rasa jantung ini hahahahaha

Okay kejadian ketiga dan terakhir setakat ini, petang tu seorang diri di bilik tengah on the phone dengan ayah, mengadu itu ini, tanya khabar apa semua, borak borak macam biasa. Tiba tiba ayah tanya “ada kat mana tu? Kenapa bising sangat, bunyi orang bercakap cakap” sis terus diam terkedu dan rasa lemah badan ni, dan meremang. Cukup pakej perasaan masa tu. Namun jawapan sis hanya “takde apa lah” Sis biarkan pertanyaan itu berlalu tanpa jawapan yang kukuh dan terus ke topic setrusnya.

Kebetulan waktu kejadian kejadian ini berlaku, sis seorang diri di bilik. Adakah ia kebetulan? Atau apa? Allah saja yang tahu. Apa pun sis hanya ambil positive side. Kita kena sedar dalam dunia ini, ada makhluk lain juga yang tinggal, makhluk yang kita tidak nampak. Apa pun letak lah kebergantungan hanya pada Allah, in shaa Allah semuanya selamat.

Terima kasih sudi luangkan masa dan baca J

Comments

Popular Posts