REVIEW DRAMA KOREA ROMANTIC DOCTOR, TEACHER KIM (2017)


Image may contain: 2 people, people sitting and text


20 Episod
RATE: 8/10

Drama ini menceritakan tentang pakar bedah terkenal bernama Boo Yong Joo/Kim Sa-bu (Han Suk-kyu) yang berkhidmat di sebuah hospital terkemuka di Korea, Hospital Geodae. Dia dikenali dengan nama panggilan "Tangan Tuhan". Tetapi ketika kemuncak kerjayanya, dia tiba-tiba menghilangkan diri akibat dari konflik/skandal di hospitalnya bekerja. Dia mengubah namanya menjadi "Teacher Kim", dan dipanggil "Romantic Doctor", dan berkhidmat di hospital kecil di pedalaman, iaitu Hospital Doldam.

Beberapa tahun kemudian ada doktor muda bernama Kang Dong-joo (Yoo Yeon-seok), yang bertugas di Hospital Geodae, bijak dan berketrampilan menarik, dia memiliki keinginan kuat untuk berjaya, tetapi tidak dipandang kerana keluarganya miskin. Dia dipindahkan ke hospital Doldam kerana melakukan pembedahan yang gagal ke atas seorang VIP.

Di hospital Geodae juga terdapat seorang doktor wanita bernama Yoon Seo-jung (Seo Hyun-jin). Dia memiliki keinginan kuat supaya ramai orang mengiktiraf kebolehannya sebagai doktor. Dia menghilangkan diri dari Hospital Geodae selepas kematian teman lelakinya, dan diselamatkan oleh Teacher Kim dari satu kemalangan. Dia kemudian menjadi doktor di Hospital Doldam.

Drama ini menceritakan kehidupan 3 doktor tersebut, setelah sudah tidak bekerja sebagai doktor di Hospital Geodae. 3 Doktor yang berbeza generasi tersebut dipertemukan kembali di Hospital Doldam, sebuah Hospital kecil di pedalaman yang sudah lama dan kekurangan kelengkapan dan kemudahan. Kisah dari drama ini adalah bagaimana perjuangan para doktor ini berkhidmat di Hospital tersebut dan mempertahankan sekaligus menaikkan taraf Hospital Doldam.

Comments

Popular Posts