REVIEW DRAMA KOREA PRISON PLAYBOOK (2017)


Dimainkan selama 16 Episod.

RATE: 9/10, HIGHLY RECOMMENDED 

Image result for prison playbook

Mengisahkan pemain baseball yang merupakan tunggak utama dalam pasukannya dan mempunyai masa depan yang cerah, Kim Jae Hyuk terpaksa menempuhi alam kehidupan baru di penjara apabila dia dituduh dengan melakukan keganasan selepas menyelamatkan adik perempuannya daripada dirogol. Walaupun kehidupan penjara sukar, dia menjalani hari demi hari, dengan bantuan para penghuni penjara dan warden penjaranya.

Drama berlatarkan kehidupan banduan dalam penjara tetapi bertemakan komedi/dark komedy ini menarik untuk disaksikan dan boleh hilangkan tekanan sebab memang menghiburkan. Selain humor yang diketengahkan, drama ini diselitkan dengan pengajaran tentang kehidupan yang berdasarkan kehidupan penghuni penjara dan pegawai penjara, disatukan melalui masalah kehidupan dan dari situ terjalinnya persahabatan yang baru dan erat (brotherhood).

Penonton akan automatik rasa kesian dan ingin melindungi Kim Jae Hyuk, seorang atlet baseball yang baik hati, yang telah dipenjarakan kerana kes serangan dalam usahanya menyelamatkan adiknya, insiden yang menimpa Jae Hyuk ini dengan mudah memperolehi empati dari penonton. Di samping itu seronok juga melihat gambaran harian aktiviti-aktiviti banduan seperti melakukan kerja-kerja tugasan, berkebun, malahan ketika waktu makan pun disuntik dengan pendekatan yang penuh bersemangat, penonton boleh teruja tengok.

Drama ini ringkas je jalan ceritanya tetapi menyedarkan kita bagaimana satu-satu kesalahan itu tidak melayakkan kita untuk menuduh atau melabel seseorang yang melakukan kesilapan itu selama-lamanya jahat dan menjatuhkan hukuman kepada seseorang dengan membabi buta tanpa usul periksa.

p/s: menonton drama ni buat sis teringin melihat keadaan penjara yang sebenar huhu, bukan nak masuk penjara, nak tengok suasana aje >,<

Comments

Popular Posts