PERHIASAN WANITA DALAM ISLAM


Image result for inai di jari

SOALAN:

Apakah hiasan kuku wanita yang dibenarkan di dalam Islam?

JAWAPAN:

Aisyah meriwayatkan,

“ Suatu hari, ada seorang wanita yang menghulurkan tangannya ke hadapan Rasulullah SAW daripada sebalik tirai. Wanita itu berjaya menangkap tangan Rasulullah SAW, maka Rasulullah bertanya, ‘Aku tidak tahu adakah ini tangan lelaki atau perempuan?’ maka Aku (Aisyah) memberitahu kepada Rasulullah SAW ‘Itu adalah tangan perempuan.’ Maka Rasulullah SAW berkata kepada wanita tersebut ‘Semestinya kamu menghias kukumu dengan inai’ ” [HR an-Nasa’i:5089]

SOALAN:

Adakah Islam membenarkan wanita untuk menyambung rambut?

JAWAPAN:

Asma’ binti Abu Bakar meriwayatkan,

“ Suatu ketika, ada seorang wanita menghadap Rasulullah SAW dengan berkata ‘Wahai utusan Allah. Aku baru sahaja meminangkan anak gadisku, namun selepas itu dia sakit yang menyebabkan rambut di kepalanya gugur. Dan calon suaminya memaksa aku untuk mempertemukannya dengan anak gadisku. Bolehkah aku menyambung rambut anak gadisku?’ Rasulullah SAW menjawab ‘Sesungguhnya Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan wanita yang meminta agar rambutnya disambung’ ” [HR al-Bukhari:5941]

SUMBER RUJUKAN:
Buku Wanita Bertanya Rasulullah Menjawab,
    Penyusunan dari TIM EDITOR KEMILAU PUBLIKA, tahun Ogos 2014.

Comments

Popular Posts