BERNAZAR DALAM ISLAM


Image result for bernazar

SOALAN:

Adakah dibenarkan bernazar untuk keburukan?

JAWAPAN:

“ Suatu ketika, selepas perang Zi Ghurad, Laila isteri Abu Zar dating menghadap Rasulullah SAW dengan menunggang kuda unta betina milik Rasulullah SAW. Ketika bersua, Laila berkata ‘Wahai utusan Allah, aku telah bernazar, apabila aku diselamatkan oleh Allah apabila menunggang kuda betina ini, aku akan menyembelihnya dan aku akan makan jantungnya serta lemak – lemak bonggolnya.’

Mendengar kata – kata ikhlas Laila isteri Abu Zar tersebut, Rasulullah tertawa. Baginda lalu berkata, ‘Wahai Laila, buruk benar balasanmu terhadap binatang yang telah membawamu pergi dan telah menyelamatkan dirimu. Jangan bernazar untuk hal – hal yang berupa kemaksiatan.’ Selepas menyedari kekeliruannya, Laila meminta maaf kepada Rasulullah SAW dan baginda pun memaafkannya. ” [HR Ahmad:19894]

SUMBER RUJUKAN:
Buku Wanita Bertanya Rasulullah Menjawab,
      Penyusunan oleh TIM EDITOR KEMILAU PUBLIKA, tahun 2014

Comments

Popular Posts